Tuesday 20 September 2050

ABOUT ME











 HIDUP SAYA

Nama diberi Siti Ruhaya bt Mohd Yusoh yang dilahirkan pada 26 September di Temerloh Pahang. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Paya Pulai kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Temerloh. Pada Tingkatan 4 saya ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan. Setelah itu saya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Selangor pada tahun 2013 dalam bidang sains tulen. Alhamudulillah kini saya sedang mengambil Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. InsyaAllah, saya akan tamat pada tahun 2018. 
Menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan sudah semestinya membuatkan hala tuju kerjaya saya akan menjadi seorang pendidik. Menjadi seorang guru merupakan bukan pilihan utama saya tetapi seorang guru saya telah mengubah persepsi saya. Cara mengajarnya, sifatnya yang penyayang dan lembut dalam ketegasannya membuatkan saya ingin jadi seperti beliau. Saya tahu akan komitmen dan tanggungawab sebagai seorang guru tetapi saya ingin mencabar diri saya untuk berada dalam bidang ini. Saya berharap saya mengambil langkah yang betul. "Believe you can, and you will"
 " and whoever puts all his trust to ALLAH, He will be enough for him." (al-Quran 65:1)

No comments:

Post a Comment